Tuesday, April 5, 2011

Bincangkan kesan-kesan darurat di Tanah Melayu.

Bincangkan kesan-kesan darurat di Tanah Melayu.

Undang-undang darurat dilaksanakan pada 7 Julai 1948 di Tanah Melayu. Di bawah undang-undang darurat , kerajaan British berkuasa untuk mengharamkan parti-parti berhaluan kiri,membuang negeri sesiapa sahaja yang mengancam keselamatan negeri, menjatuhkan hukuman bunuh kepada sesiapa yang bersubahat dengan komunis,membawa senjata secar haram,mengancam orang ramai dan membantu komunis. Sepanjang tempoh darurat Tanah Melayu telah menyebabkan pelbagai kesan dari aspek ekonomi,politik dan sosial.

Antara kesan darurat kepada ekonomi di Tanah Melayu ialah rakyat hidup tertekan kerana tidak dapat menjalankan kegiatan ekonomi disebabkan undang-undang darurat. Kerajaan British tidak kisah dengan ekonomi Tanah Melayu kerana menumpukan usaha membanteras pengganas komunis. Dibawah rancangan Briggs, kerajaan British telah menghabiskan $7juta untuk orang Cina yang tinggal di Kampung Baru. British membelanjakan $155 juta pada tahun 1954 atas tujuan yang sama. Peruntukan ini menjadi beban kepada pihak British kerana ekonomi Tanah Melayu selapas Perang Duni Kedua berada dalam keadaan muflis.

Darurat telah menyebabkan urusan perdagangan Tanah Melayu tergendala perintah berkurung yang dikuatkuasakan. Keadaan politik Tanah Melayu ang bergolak menyebabkan pelabur-pelabur tidak berani melabur modal di Tanah Melayu.

Kerajaan British juga terpaksa membelanjakan banyak wang untuk memulihkan semula kawasan-kawasan yang telah dimusnahkan oleh pihak komunis. Tindakan pengganas yang telah mensabotaj landasan kereta api,jalan raya,lombong bijih timah dan menetak beribu-ribu batang pokok getah menyebabkan British tidak mampu memulihkan ekonomi di Tanah Melayu. Bukan itu sahaja, British terpaksa memulihkan pembanggunan yang musnah semasa Perang Dunia Kedua.

Antara kesan politik ialah menyebabkan aktiviti politik di Tanah Melayu tergendala terutamanya parti politik berhaluan kiri. Parti ini diharamkan dan pemimpin-pemimpinnya ditangkap dan dipenjara. Terdapat juga parti politik yang terpaksa dibubarkan akibat tekanan kerajaan British.

Kerajaan British telah membuat keputusan untuk memberikan kemerdekaan kepada Tanah Melayu kerana British mendapati rakyat tempatan semakin menunjukkan rasa tidak puas hati terhadap pentadbiran British.
Pada tahun 1949, pemimpin Cina telah menubuhkan persatuan Cina Tanah Melayu. Tujuan utama mereka ialah membuktikan bukan semua orang Cina menyokong PKM.

Kesan dari aspek sosial pula ialah menyebabkan rakyat hidup dalam menderita akibat keganasan komunis dan aktiviti British untuk membanteras kegiatan tersebut.  Pelaksaan perintah berkurung amat menyusahkan hidup rakyat kerana tidak dapat menjalankan pekerjaan dan aktiviti harian mereka.  Selain itu, catuan makanan yang dikenakan menyebabkan rakyat terpaksa memakan ubi kayu dan keledek. Catuan makanan telah menyebabkan banyak rakyat menderita kekurangan makanan.

Masalah perkauman antara Cina dan Melayu menjadi serius. Orang Melayu memandang orang Cina Sebagai Komunis. Akibat ketegangan yang memuncak Malcolm Macdonald telah mewujudkan Jawatankuasa Perhubungan Antara Kaum.

British juga melonggarkan syarat kewarganegaraan kepada orang Cina. Dengan cara ini British dapat memikat hati orang Cina untuk menentang komunis dan berkejasama dengan kerajaan British.

Dasar pendidikan di Tanah Melayu telah digubal untuk mewujudkan perpaduan dan persefahaman antara kaum Melayu, Cina dan India . sukatan pelajaran mestilah berteraskan hal ehwal Tanah Melayu. Bahasa Melayu dijadikan bahasa pengantar . Kanak-kanak dididik dengan ilmu pengetahuan yang boleh memupuk perasaan cinta dan taat setia kepada tanah air.

Kesimpulannya, darurat telah member banyak kesan negatif kepada aspek ekonomi,sosial dan politik di Tanah Melayu. Kerajaan British tidak menghiraukan apa yang berlaku kerana menumpukan perhatian dalam membanteras komunis. Darurat telah berlarutan selama 12 tahun dari tarikh 7 Julai 1948 sehingga  31 Julai 1960. Namun begitu, darurat telah mempercepatkan proses kemerdekaan di Tanah Melayu.

No comments:

Post a Comment