Saturday, April 2, 2011

Bincangkan sistem perundangan masyarakat di Jepun dan Bincangkan sistem perundangan masyarakat di China

1.Bincangkan sistem perundangan masyarakat di Jepun.

Undang-undang ialah suatu cara menyelesaikan pelbagai konflik dan kekecohan dalam masyarakat. Undang-undang merupakan sistem yang mengawal tindak-tanduk masyarakat. Peraturan boleh dipengaruhi oleh keagamaan dan falsafah. Undang-undang merupakan garis panduan sesebuah negara dan undang-undang digubal oleh golongan pemerintah. Sistem perundangan Jepun dikatakan telah dipengaruhi oleh perundangan China.

Ketika pemerintah Shogun Tokugawa,Tokugawa telah mengamalkan sistem feudal. Pemerintahan ini menggunakan undang-undang berdasarkan perbezaan status, hak pemerintah dan tanggungjawab yang perlu dilaksanakan berdasarkan kedudukan dalam struktur masyarakat Jepun. Undang-undang ini dilaksanakan untuk menjamin kedudukan golongan pemerintah dan bukannya golongan bawahan.

Shogun Tokugawa telah mengadakan undang-undang menyekat kuasa Maharaja Jepun. Peraturan Bagi Istana telah diwujudkan untuk menyekat kuasa Maharaja. Mengikut peraturan ini Maharaja harus mendedikasi memperoleh ilmu pengetahuan ajaran-ajaran klasik dan memajukan tradsisi puisi.

Shogun Tokugawa juga mengadakan Ordinan-ordinan Bagi Rumah Tentera bagi mengawal daimyo tozama dan dan kelas tentera. Undang-undang ini menyekat kuasa tentera termasuk sekatan memperbaiki istana. Shogun Tokugawa tidak membenarkan membawa askar dari kawasan lain ke kawasan mereka. Daimyo-daimyo juga tidak dibenarkan memakai pakaian mewah dan dikehendaki melakukan Sistem Sankin Kotai.
Daimyo menjadi kelompok yang paling berkuasa dan bertanggungjawab dalam soal kehakiman di wilayah-wilayah pemerintahan mereka. Mereka telah menindas golongan bawahan di wilayah mereka. Golongan petani telah ditindas dengan dikenakan dengan cukai yang mahal. Ada juga daripada mereka yang tidak mampu membayar cukai ini dan dikenakan hukuman. Golongan petani ini telah menanggung beban hutang yang banyak disebabkan cukai. Penduduk di wilayah-wilayah dikerah untuk melakukan pekerjaan buruh.

Pemerintah juga menggunakan sistem undang-undang yang sedia ada untuk mengawal masyarakat bawahan,mendapatkan ketaatsetiaan rakyat dan untuk mengelak mereka memberontak. Dasar pemerintahan adalah untuk mengekalkan satu masyarat yang statik dan tiada kemajuan.

Sistem pemerintahan Jepun berubah semasa pemerintahan Maharaja Meiji. Maharaja Meiji telah melantik seorang peguam Perancis sebagai penasihat kepada Kementerian Keadilan. Beliau telah menggubal banyak undang-undang yang berkenaan masyarakat dan corak kehidupan masyarkat Jepun. Sebilangan rakyat Jepun telah melakukan penentangan kerana beranggapan perubahan ini telah menggubah amalan tradisi yang diamalkan selama ini.

Kesimpulannya, pemerintahan Jepun dikuasai oleh Shogun Tokugawa. Dasar pemerintahan Shogun Tokugawa mementing individu yang berkuasa dan menindas masyarakat tempatan. Tetapi semua ini berubah semasa pemerintahan Maharaja Meiji, bagindan telah menghapuskan pemusatan kuasa golongan bangsawan dan mewujukan keadilan dalam masyarakat Jepun.

2.Bincangkan sistem perundangan masyarakat di China.

Undang-undang ialah suatu cara menyelesaikan pelbagai konflik dan kekecohan dalam masyarakat. Undang-undang merupakan sistem yang mengawal tindak-tanduk masyarakat. Peraturan boleh dipengaruhi oleh keagamaan dan falsafah. Undang-undang merupakan garis panduan sesebuah negara dan undang-undang digubal oleh golongan pemerintah. Undang-undang negara China diwujudkan untuk kehidupan sosial yang baik dan bukan memberi fokus kepada kepentingan peribadi atau orang perseorangan.

Undang-undang China terbahagi kepada dua bahagian iaitu undang-undang pentadbiran dan undang-undang jenayah. Undang-undang pentadbiran merangkumi sistem pemerintahan kerajaan,keturunan,gelaran,adat istiadat,melindungi istana dan sebagainya. Undang-undang jenayah pula melibatkan jenayah ringan seperti mencuri dan jenayah berat seperti membunuh.

Undang-undang China dilaksanakan dalam dua bahagian. Pertama ialah undang-undang Maharaja atau Dikri Maharaja. Undang-undang digubal untuk menyelesaikan masalah negara dari sudut politik dan ekonomi. Kedua ialah undang-undang yang dikeluarkan oleh pembesar wilayah. Undang-undang ini lebih bersifat tempatan dan dikendalikan oleh pesuruhjaya.

Konsep undang-undang China adalah mengikut “Doktrin Tanggungjawab” secara kumpulan. Doktrin Tanggungjawab ini terbahagi kepada dua iaitu maharaja bertanggungjawab kedua pula ialah tanggungjawab kumpulan. Sekiranya seorang daripada sesuatu kumpulan melakukan kesalahan,maka seluruh ahli kumpulan bertanggungjawab secara kolektif untuk menyerahkan seorang daripada kumpulan itu bagi menerima hukuman.

Undang-undang China juga menekankan prinsip seseorang yang dituduh bersalah akan dianggap bersalah sehingga beliau membuktikan kebenarannya. Seorang yang salah akan disiasat dengan kejam bagi pesalah itu membuat pengakuan.

Hukuman yang dikenakan adalah berdasarkan kepada budi bicara pemerintah atau golongan yang diberi kuasa untuk menjalankan hukuman dan tidak ada badan penasihat yang akan memberi nasihat berkenaan jenis-jenis hukuman yang patuh dilaksanakan. Perundangan China juga menegaskan bahawa nyawa dibalas dengan nyawa.

Kesimpulannya, undang-undang di China kejam kerana terdapat hukuman yang dilaksanakan adalah kejam dan menyeksa pesalah. Terdapat peristiwa yang menyebabkan seorang rakyat Itali dijatuhkan hukuman cekik sampai mati kerana beliau dituduh menyebabkan kematian seorang wanita Cina pada tahun 1821.

No comments:

Post a Comment