Saturday, April 2, 2011

Huraikan langkah-langkah yang dilaksanakan oleh pihak British bagi membanteras komunis di Tanah Melayu

Huraikan langkah-langkah yang dilaksanakan oleh pihak British bagi membanteras komunis di Tanah Melayu.

Komunisme ialah ideology yang dikemukan oleh Karl Marx. Komunisme beerti fahaman menentang golongan pemerintah yang tradisional,feudalis, dan imperialis dengan cara kekerasan untuk menggulingkan mereka. pemerintahan komunis bersifat ideology sosialis. Ideology komunis mula berkembang di Tanah Melayu setelah pembentukan Parti Kuomitang. Ideology komunis berkembang di Tanah Melayu bermula pada tahun 1920an. Akibat terdapat parti komunis di Tanah Melayu ini menyebabkan British mahu membanteras mereka.

British melaksanakan dua langkah dalam membanteras Komunis iaitu langkah ketenteraan dan langkah bukan ketenteraan. Terdapat beberapa langkah ketenteraan yang diambil oleh pihak British untuk membanteras komunis di Tanah Melayu. Antaranya ialah menguatkuasakan undang-undang darurat di Tanah Melayu. Kerajaan Berkuasa penuh dalam pentadbiran dan menggunakan pentadbiran tentera. Kerajaan British telah mengharamkan parti-parti politik berhaluan kiri,menangkap sesiapa yang disyaki terlibat dalam kegiatan komunis,membuang negeri sesiapa yang dianggap mengancam keamanan negeri dan menjatuhkan hukuman bunuh kepada siapa yang dianggap bersubahat dengan komunis. Pihak British juga menjalankan perintah berkurung di kawasan komunis yang aktif.

Langkah kedua adalah dengan memperkukuhkan bidang ketenteraan. British telah menambah jumlah tentera dan Pasukan Pengawal Kampung (Home Guard) ditubuhkan untuk mengawal keselamatan kampung. British telah mendapat bantuan daripada negara-negara Komanwel. Kerajaan British telah menubuhkan pasukan polis khas untuk mengawal ladang getah dan lombong bijih timah agar tidak dimusnahkan oleh PKM. Perkhidmatan Negara ditubuhkan pada tahun 1952 untuk mewajibkan belia mendapat latihan ketenteraan dan berkhidmat dalam tentera.

Langkah ketenteraan seterusnya ialah memperkenalkan konsep kawasan ‘hitam’ dan kawasan ‘putih’. Kawasan hitam ialah kawasan yang mempunyai pengaruh komunis yang aktif. Di kawasan hitam tentera akan mengawal makanan dan gerak geri penduduknya. Apabila anasir komunis dihapuskan barulah kawasan ini akan menjadi kawasan putih.

Langkah bukan ketenteraan ialah dengan mengadakan sekatan jalan raya dan kawalan kampung. Pasukan polis dan Home Guard telah mengadakan sekatan jalan raya di tempat-tempat strategic seperti simpang-simpang jalan. Mereka akan memeriksa barang semasa sekatan dan merampas barang yang diharamkan dan makanan yang melebihi had yang ditetapkan. Sekatan jalan juga dapat menyekat komunis untuk mendapatkan bekalan makanan,maklumat,dab sabotaj terhadap British.

British juga telah mewajibkan penduduk Tanah Melayu yang berumur 12 tahun keatas supaya membuat kad pengenalan diri. Pelaksanaan sistem kad pengenalan telah memudahkan pasukan keselamatan mengenal pasti antara komunis dan bukan komunis.

 Sir Harold  Briggs telah mengadakan satu sistem. sistem ini adalah membentuk perkampungan baru yang disediakan khas dengan pelbagai kemudahan asas dan kemudahan sosial. Mereka dibenarkan keluar dari kampung mengikut masa yang ditetapkan oleh kerajaan. Rancangan ini adalah usaha kerajaan untuk menyususn semula penempatan penduduk yang bertaburan dan disatukan di kawasan seperti di pekan ,Bandar dan kawasan yang hampir dengan pusat pentadbiran. Langkah ini membolehkan pihak kerajaan menghalang mereka daripada berhubungan dengan ejen,penyokong atu pengganas komunis untuk mendapatkan bekalan makanan dan sebagainya. Perkampungan ini dikenakan dengan kawalan yang ketat dengan membina pagar-pagar kawat berduri. Perkampungan yang dimaksudkan ialah Kampung Baru. Sehingga tahun 1952, kira-kira 480 Kampung Baru telah wujud dan kebanyakannya di Perak dan Johor.

British telah mengadakan catuan makanan untuk mengelak pihak komunis mendapat makanan. Para pekedai diarahkan mencatat nama pelanggan dan kuantiti yang dibeli. Orang ramai pula diberikan kupon. Mereka diarahkan mengambil makanan mengikut jumlah ahli keluarga sahaja. Tujuannya adalah untuk memastikan barang-barang makanan dan keperluan tidak sampai ke tangan musuh. Dengan cara ini, komunis dapat dipaksa keluar daripada tempat persembunyian mereka.

Pihak British telah menubuhkan kerjasama antara kaum. Oleh itu, pada 10 Januari 1949,Jawatankuasa Perhubungan Antara Kaum ditubuhkan. Matlamat utama jawatankuasa ini ialah untuk membentuk kerjasama antara kaum terutamanya orang Cina dan Melayu. Syak wasangka antara kaum akan menyebabkan api perkauman bersemarak yang kemudiannya akan merosakkan keamanan negara dan menggagalkan usaha kerajaan British membanteras kegiatan komunis.

Langkah seterusnya ialah dengan menubuhkan Jawatankuasa Kerja Perang. Jawatankuasa ini diwujudkan diperingkat persekutuan,negeri dan daerah. Jawatankuasa Kerja Perang berperanan untuk membincangkan dan membuat ketepatan terhadap semua hal ang berkaitan dengan langkah-langkah keselamatan di Tanah Melayu dan mewujudkan kerjasama dengan pentadbir-pentadbir negeri,daerah dan kampung untuk bersama-sama berusaha membanteras kegiatan komunis.

Langkah terakhir yang diambil oleh pihak British adalah dengan melaksanakan perang psikologi untuk menawan hati dan fikiran rakyat Tanah Melayu menyokong kerajaan dan meninggalkan perjuangan komunis. Antara usaha British melalui perang psikologi adalah dengan melonggarkan syarat-syarat kewarganegaraan kepada orang Cina dan India, kerajaan British menawarkan hadiah wang tunai kepada sesiapa yang member maklumat tentang komunis, British telah mengumumkan akan memberi taraf berkerajaan sendiri kepada Tanah Melayu dan akhir sekali ialah kerajaan British akan mengampunkan dan member jaminan keselamatan hidup kepada pengganas yang mahu menyerah diri. Selain itu, British menggugurkan risalah-risalah di dalam hutan menyeru komunis untuk menyerah kalah.

Kesimpulannya, pelbagai langkah telah diambil oleh British untuk menghapus komunis di Tanah Melayu. Akibatnya berlaku darurat di Tanah Melayu. Darurat telah memakan tempoh yang lama kerana kebanyakkan komunis tidak mahu menyerah kalah. Seterusnya membawa banyak kesan buruk kepada penduduk di Tanah Melayu dari aspek politik,ekonomi dan sosial. Akibat langkah-langkah yang dijalankan oleh British menyebabkan Chin Peng menghantar surat kepada Tunku Abdul Rahman untuk berunding kerana tertekan dengan sekatan yang dijalankan oleh British.

2 comments:

  1. British laksanakan darurat kerana ape? Bukan komunis saje yg ditangkap,ingatlah mereka yg hidup dizaman itu,yg berjuang mahu mengusir penjajah..siapa kah pengkhianat sebenar???

    ReplyDelete