Saturday, April 2, 2011

Sistem hulubalang di Jepun

Sistem hulubalang di Jepun.

Sistem pembesar di Asia Timur masih mengamalkan system feudal. Berdasarkan system ini pembesar mempunyai kuasa yang terhad dan bergantung kepada sokongan raja atau maharaja.Dalam masa yang sama pembesar mempunyai tanggungjawab terhadap pengikutnya dan ini penting bagi melaksanakan tugasnya terhadap raja. Di Jepun pembahagian kelasnya agak ketat. Dalam system social Bakufu, terdapat golongan bangsawan,golongan Daimyo dan Hatamoto. Sementara rakyat pula terbahagi empat kelas.
Kalangan orang yang berkuasa di Jepun terdiri daripada kalangan hulubalang iaitu mereka yang terdiri daripada kalangan satria. Di Jepun,kuasa maharaja sangat terbatas,sebaliknya golongan Shogun bertanggungjawab dalam sistem pemerintahan Jepun. Institusi pemerintahan di Jepun adalah berwatakan ketenteraan (bakufu).

Shogun dibantu oleh Daimyo(pembesar wilayah). Kuasa pentadbiran wilayah diberi kepada Daimyo. Pemberian kuasa kepada berdasarkan pertalian darah dan ketaatan kepada shogun. Daimyo yang sama keturunan dengan shogun iaitu Daimyo Shimpan. Penyokong Tokugawa yang membantu mereka dalam perjuangan merampas kuasa dikenali sebagai Daimyo Fudai(pembesar dalaman). Satu lagi kumpulan daimyo ialah Daimyo Tozama yang baru ditewaskan sebelum Shogun Tokugawa mengambil alih kuasa. Daimyo Tozama(pembesar luar) dilucutkan jawatan kerajaan dan tidak dibenarkan masuk ke istana maharaja di Kyoto. Walaubagaimanapun mereka dibenarkan mengutip cukai di kawasan mereka.

Daimyo-daimyo tadi ditempatkan di kawasan-kawasan tertentu. Daimyo Shimpan ditempatkan berhampiran berhampiran dengan wilayah Shogun. Daimyo Fudai ditempatkan jauh sedikit daripada Daimyo Shimpan manakala Daimyo Tozama diletakkan di kawasan yang lebih jauh. Tujuan shogun sebenarnya ialah untuk mengelakkan penentangan antara mereka. selain itu,golongan Daimyo dikehendaki mengikuti sistem Sankin Kotai(sistem Kehadiran Bergilir).

Kedudukan Daimyo disokong oleh golongan samurai dan karo iaitu orang suruhan yang mentadbir tanah bagi pihak Daimyo. Golongan samurai ialah golongan pahlawan yang menjunjung kuasa pemerintahan shogun dan daimyo,golongan samurai juga dikehendaki mempertahan negara. Golongan samurai kedudukan yang istimewa dalam masyarakat. Malah kejatuhan shogun tokugawa juga dikaitkan dengan golongan samurai. Golongan samurai yang di tinggal di Edo mengubah cara hidup mereka seperti suka kepada kemewahan dan boros. Keadaan ini telah melemahkan mereka dan bergantung kepada orang lain.

Semasa pentadbiran Tokugawa,institusi pembesar antara lain turut mengandungi Tairo,iaitu Majlis Penasihat Agung yang bertanggungjawab member nasihat kepada Shogun tentang dasar negara yang penting. Tairo menjadi pemangku maharaja sekiranya Shogun yang dilantik itu belum dewasa.
Roju atau Majlis Tertua yang membentuk Majlis Negara yang menguruskan perkara-perkara yang berkaitan dengan istana. Kuge(bangsawan) dan golongan daimyo yang menyelia hal ehwal dalam selain mengawasi biara-biara. Terdapat sebuah lagi institusi ialah majlis Kehakiman atau Hyojosho.

Pemulihan Meiji membawa perubahan yang kepada golongan ini. Maharaja Komei yang memerintah antara 1846-1867 bersikap lebih agresif dalam mengambil tahu hal-hal yang berkaitan dengan hasil kerajaan. Maharaja juga disokong oleh beberapa pemimpin dan keadaan ini menyebabkan institusi maharaja kembali berkuasa hingga dapat menyingkirkan kerajaan shogun.

Maharaja Meiji telah mengumunkan penghapusan semua tanah feudal. Semua tanah menjadi hak milik diraja. Seterusnya tentera feudal dibubarkan dan kerajaan pusat merupakan satu-satunya pemilik sah tentera Jepun.
Kerajaan Meiji mengambil alih beban hutang semua daimyo. Golongan daimyo dibayar ganti rugi dengan bayaran atau pencen. Golongan samurai menghadapi nasib yang sama apabila kerajaan telah mengharamkan pemakaian pedang oleh golongan samurai. Golongan samurai telah melakukan penentangan seperti pemberontakan Saigo Takamori di Kyushu pada tahun 1877. Penentangan ini mengalami kegagalan dan golongan samurai kehilangan kuasa dan kedudukan tradisi mereka.

No comments:

Post a Comment