Thursday, March 31, 2011

Perihalkan proses pelantikan khalifah khulafa ar-rasyiddin dan nyatakan maksud bai’ah

Perihalkan proses pelantikan khalifah khulafa ar-rasyiddin dan nyatakan maksud bai’ah.

Khulafa ar-Rasyi bererti wakil-wakil atau khalifah-khalifah yang benar atau lurus. Mereka waris kepimpinan Rasulullah selepas kewafatan baginda Nabi Muhammad s.a.w.. Perlantikan mereka dibuat secara syura iaitu perbincangan para sahabat atau pilihan khalifahsebelum. Selepas pemerintahan ini, kerajaan Islam diganti oleh kerajaan Ummaiyyah. Khulafa ar-Rasydin terdiri daripada empat sahabat iaitu Saidina Abu Bakar,Saidina Umar Al-Khatab,Saidina Uthman Affan dan Saidina Ali Abi Talib.

Terdapat cara-cara pelantikan setiap waktu. Semasa pelantikan Saidina Abu Bakar berlaku perselisihan pendapat mengenai siapa yang layak menggantikan tempat rasulullah selepas kewafatan baginda. Orang ansar telah mengadakan perjumpaan sesama mereka dan mencadangkan saad bin abi ubadah menjadi khalifah. Orang muhajirin termasuk abu bakar dan umar telah bergegas ke tempat perjumpaan tersebut setelah mendengar perjumpaan dan agenda yang dijalankan. Setelah berlaku perbincangan, abu bakar memberi ucapan dan mencadangkan umar atau abu ubaidah dipilih untuk menjawat jawatan khalifah. Kedua-dua yang dicadangkan telah membantah pencalonan tersebut, lantas umar berjabat tangan untuk baiah kepada abu bakar as-siddiq bagi menjawat jawatan khalifah dan diikuti oleh umat islam lain.
Ketika abu bakar jatuh sakit, beliau merasa bimbang akan berlaku perpecahan dan melemahkan perpaduan. Abu bakar berpendapat bahawa orang yang paling layak ialah umar bin al-khattab. Beliau meminta pandangan beberapa orang sahabat tentang cadangan tersebut. Usman bin affan telah menulis wasiat atas permintaan abu bakar as-siddiq, dan memperdengarkannya kepada beliau dan orang ramai berkenaan cadangan tersebut. Orang ramai bersetuju dengan cadangan melantik umar selepas kewafatan abu bakar.
Setelah umar ditikam oleh abu lu'luah yang beragma majusi, beberapa orang sahabat telah berjumpa umar dan mendesak agar dilantik penggantinya. Umar telah mencalonkan 6 orang sahabat antaranya ali bin abi talib dan uthman. Abdul rahman bin auf yang dicadangkan telah menarik diri dan berjanji untuk menjalankan pemilihan dan temu bual bersama orang ramai untuk memilih ali atau uthman yang lebih layak menjadi khalifah. Setelah orang ramai memilih usman yang layak menjadi khalifah terlebih dahulu dan dituruti oleh ali, abdul rahman mengumumkan perlantikan tersebut dan diikuti oleh para sahabat lain.

Selepas pembunuhan usman bin affan negara islam menjadi kucar kacir dan tidak stabil. Puak-puak pemberontak telah meminta ali untuk mengambil alih jawatan khalifah.Ali enggan pada mulanya untuk menerima jawatan tersebut tetapi menerimnya setelah melihat negara islam dalam keadaan yang kucar-kacir. Orang ramai telah memberi baiah kepada ali kecuali puak-puak umaiyah yang diketuai oleh muawiyah bin abi sufyan.

Bai’ah pula membawa maksud janji sumpah setia, pengakuan, ikrar yang diberikan oleh seseorang kepada pihak lain untuk mengikat dirinya dengan sesuatu peraturan, pekerjaan, amalan atau lainnya.
Kesimpulannya, zaman pentadbiran khulafa ar-rasyidin tamat setelah kewafatan Saidina Ali b. Abi Talib. Selepas zaman pentadbiran tamat sebuah tamadun islam baru telah iaitu tamadun Umaiyah. Tamadun ini telah ditubuhkan oleh Muawiyah B. Abu Sufyan.

Perihalkan masalah-masalah yang dihadapi oleh khalifah Ali Abi Talib. Bagaimanakah beliau meyelesaikan masalah tersebut.

Perihalkan masalah-masalah yang dihadapi oleh khalifah Ali Abi Talib. Bagaimanakah beliau meyelesaikan masalah tersebut.

Nama sebenar; ali bin abi talib bin abdul mutallib bin hasyim. Dilahirkan pada tahun ke-10 sebelum kerasulan nabi Muhammad. Merupakan kanak-kanak pertama memeluk islam. Didoakan dengan " karramallahu wajhah " yang bermaksud orang yang dimuliakan wajahnya oleh Allah kerana tidak pernah menyembah berhala. Saidina Ali merupakan Khalifah Ar-Rasyiddin yang keempat.

Antara masalah yang dihadapi adalah menentang pemberontakan. Pemberontakan yang hendak dibuat oleh golongan Rafidhah yang menghasut para sahabat. Isteri Rasulullah iaitu Ummul Mukminin Saidatina Aisyah, dan dua orang sahabat Nabi iaitu Talhah ibn Ubaidillah dan Zubair ibn Awwamtelah terlibat sama. Pemberontakan ini berlaku akibat terdapat individu-individu yang tidak menyokong saidina Ali.

Masalah kedua yang dihadapi oleh Saidina Ali adalah kelemahan pentadbiran. Kelemahan pentadbiran ini berlaku semenjak dari zaman pemerintahan Saidina Uthman al-Affan. Kelemahan ini berlaku disebabkan kelemahan saidina Uthaman dalam pentadbiran. Beliau telah melantik gabenor-gabenor dan pemerintah dari golongan ahli keluarganya. Ini menyebabkan rasa tidak puas hati segilintir umat Islam. Akibat pelantikan yang dibuat dikalangan ahli keluarga Uthman telah berlaku salah penggunaan kuasa. Berlakunya rasuah dikalangan pemerintah ketika itu.

Bukan itu sahaja,saidina Ali menghadapi masalah daripada Muawiyah. Gabebor Syria dan saudara Saidina Uthman. Muawiyah telah dilantik sebagai Gabenor pada masa pemerintahan Saidina Umar lagi. Muawiyah, yang menyimpan cita-cita politik yang besar, berpendapat bahawa siasatan berkenaan dengan pembunuhan Saidina Uthman adalah merupakan keutamaan bagi negara ketika itu dan beliau ingin mengetahui siapakah pembunuh Saidina Uthman dan pembunuh tersebut mestilah dihukum qisas. Bagi Saidina Ali, beliau berpendapat keadaan dalam negara hendaklah diamankan terlebih dahulu dengan seluruh penduduk berbaiah kepadanya sebelum beliau menyiasat kes pembunuhan Saidina Uthman.

Cara Saidina Ali menghadapi pemberontakan adalah melalui peperangan. Pemberontakan itu berjaya ditumpaskan oleh Saidina Ali dalam Perang Jamal (juga dikenali sebagai Perang Unta). Dalam peperangan ini, Talhah dan Zubair terkorban akibat dibunuh oleh golongan Rafidhah yang mengaku sebagai pengikut Saidina Ali. Manakala Saidatina Aisyah dikembalikan ke Madinah oleh Saidina Ali. Beliau menjalankan satu misi dengan mengarahkan 100 orang wanita menyamar lelaki dan menutup muka, lalu menarik unta Ummul Mukminin Aisyah kembali ke Madinah.

Khalifah Ali telah menggantikan pegawai-pegawai yang dilantik oleh Khalifah Uthman dengan pegawai dari kaum Ansar dan golongan pemberontak. Hal ini adalah untuk mengurangkan pemberontakan yang akan berlaku. Beliau juga telah memindahkan pusat pentadbiran Islam dari Madinah ke Kufah,Iraq.
  
Akibat tidak puas hati Muawiyah,beliau terus mendesak Saidina Ali. Seterusnya Muawiyah menyatakan rasa kesal dengan kelambatan Saidina Ali menyiasat kematian Saidina Uthman, lalu melancarkan serangan ke atas Saidina Ali. Akhirnya terjadilah Perang Siffin di antara Muawiyah dan Saidina Ali. Di dalam peperangan ini antara para sahabat yang terlibat adalah Amru Al-Ash, Ammar ibn Yasir, Abdullah ibn Amru Al Ash, Abdullah ibn Abbas. Perang Siffin ini pada mulanya dimenangi oleh Saidina Ali tetapi akibat kelicikan Muawiyah, Saidina Ali telah kalah pada peperangan ini.
Kesimpulannya, semasa pentadbiran saidina terdapat beberapa pemberontakan yang dijalankan untuk menjatuhkan Saidina Ali. Tetapi Saidina Ali bijak mengawal keadaan. Saidina Ali telah wafat pada tahun 661 setelah dibunuh oleh pembunuh. Muawiyah B. Abu Sufyan telah membina satu empayah Islam yang baru. Beliau telah mengubah corak pentadbiran khulafa ar-rasyidin yang sedia ada.

Huraikan perubahan,pada zaman pemerintahan Muawiyah bin Abu Sufyan.

Huraikan perubahan,pada zaman pemerintahan Muawiyah bin Abu Sufyan.

Muawiyah bin Abu Suffian menjadi Khalifah Bani Umaiyyah selama kira-kira 40 tahun iaitu 41 H - 60H.Beliau merupakan pengasas kerajaan Bani Umaiyyah yang wujud 41 H - 132 H.Beliau berpengalaman dalam politik selama 40 tahun. Menjadi gabenor di Syam selama 20 tahun dan 20 tahun lagi sebagai Khalifah di Bani Umaiyyah.Sebelum pemerintahan beliau telah berlaku peperangan antara beliau dengan Saidina Ali antara tahun 37 H - 38H.Peperangan ini dikenali sebagai peperangan Siffin .Majlis Tahkim telah diadakan untuk mendamaikan mereka tetapi gagal.Selepas kewafatan Saidina Ali Muawiyah telah dilantik menjadi khalifah apabila Saidina Hassan menolak jawatan Khalifah.

Isi Perubahan yang dilakukan oleh Muawiyah.
·                     Beliau menggubal beberapa dasar penting yang berbeza dalam negara bagi mentadbir wilayah-wilayah yang luas itu. Setiap wilayah mempunyai masalah dan cara tersendiri untuk ditadbir.
·                     Di Iraq ,beliau telah menjalankan dasar berbaik-baik dengan pemimpin Arab yang menjadi penyokong kuat kepada khalifah Ali. Selain itu beliau mengekalkan sistem pentadbiran yang sedia ada bagi mengelakkan penentangan dan perpecahan.
·                     Di Mesir, beliau berusaha memulihkan keadaan ekonomi yang buruk pada zaman sebelumnya dengan melantik rakan setianya Amru al As sebagai gabenor di Mesir.
·                     Di Syam, memberi layanan yang baik kepada kepada penduduk di sana yang merupakan penyokong kuatnya.
·                     Di Jazirah (Mesopotamia),menjalankan dasar muafakat dan kompromi antara penduduk yang terdiri daripada Qais dan Yaman.
·                     Tidak mengadakan hubungan diplomatik dengan negara-negara asing sama ada Parsi,India mahupun Byzantine
·                     Memindahkan pusat pemerintahan Islam dari Madinah ke Kufah dan ke Damsyik. Ini kerana di Damsyik ramai penyokong setia Muawiyah.
·                     Mengubah sistem pemilihan Khalifah secara Syura kepada warisan. Ini telah mengubah tradisi sebelumnya iaitu pada zaman Khulafa Rasyidin. Beliau telah melantik Putera Mahkota untuk mewarisi jawatan khalifah.
·                     Meluaskan kuasa politik Khalifah dan pemusatan kuasa kerajaan Bani Umaiyyah. Khalifah mempunyai kuasa mutlak dan berpusatkan khalifah dalam membuat keputusan. Jawatan gabenor dimonopoli oleh keluarga Bani Umaiyyah.
·                     Mengadakan pasukan tentera yang kuat yang terdiri dari orang-orang Syam dan mereka diberi gaji tetap. Orang Syam setia kepada Muawiyah.
·                     Memperkenal atau meniru sistem pentadbiran kerajaan Byzantine dengan mengambil pegawai-pegawai yang beragama kristian untuk berkidmat.
·                     Menubuhkan pejabat pendaftaran, pejabat pos dan jabatan perisik bagi mengetahui rahsia-rahsia pihak musuh.
·                     Mengutamakan keturunan Arab, khususnya keturunan bani Umaiyyah dalam pelantikan pegawai-pegawai kerajaan. Golongan bukan Arab (mawali ) kurang diberi peluang sehingga menimbulkan perasaan tidak puas hati kepada mereka.
Muawiyah Meninggal dunia di Damsyik pada Rejab 60H ketika berusia 74 tahun. Beliau berjaya mengasaskan dinasti pemerintahan Bani Umayyah dan merupakan pengasas pertama sebelum era keruntuhan. Berjaya menjadikan empayar Islam kuat dan disegani.

Huraikan dasar kerajaan Bani Umaiyah,pada zaman pemerintahan Muawiyah bin Abu Sufyan.

Huraikan dasar kerajaan Bani Umaiyah,pada zaman pemerintahan Muawiyah bin Abu Sufyan.

Seorang sahabat Nabi Muhammad dan penulis wahyu..Seorang muslimin yang taat dan patuh kepada ajaran agama.Tokoh politik dan negarawan yang pintar.Beliau merupakan seorang pemidato Arab yang terkemuka.Muawiyah bin Abu Suffian menjadi Khalifah Bani Umaiyyah selama kira-kira 40 tahun iaitu 41 H - 60H.Beliau merupakan pengasas kerajaan Bani Umaiyyah yang wujud 41 H - 132 H.Beliau berpengalaman dalam politik selama 40 tahun. Menjadi gabenor di Syam selama 20 tahun dan 20 tahun lagi sebagai Khalifah di Bani Umaiyyah.Sebelum pemerintahan beliau telah berlaku peperangan antara beliau dengan Saidina Ali antara tahun 37 H - 38H.Peperangan ini dikenali sebagai peperangan Siffin .Majlis Tahkim telah diadakan untuk mendamaikan mereka tetapi gagal.Selepas kewafatan Saidina Ali Muawiyah telah dilantik menjadi khalifah apabila Saidina Hassan menolak jawatan Khalifah.

1. PERLANTIKAN KHALIFAH.
Diwarisi secara keturunan, pemerintah mereka terdiri daripada kalangan keluarga Bani Umaiyyah. Khalifah melantik Putera Mahkota untuk mewarisi jawatan ketua Negara. Contohnya Muawiyyah telah melantik Yazid sebagai penggantinya dan Abdul Malik melantik al – Walid dan Sulaiman sebagai Putera Mahkota. Pelantikan dua orang putera mahkota menyebabkan berlakunya pergaduhan merebut kuasa.

2. DASAR PEMERINTAHAN.
Mengamalkan pemerintahan bercorak monarki yang mengutamakan dan menjaga kepentingan serta kedudukan pemerintah sehingga kepentingan rakyat diabaikan. Sebahagian khalifah menjalankan dasar pilih kasih dengan mengutamakan keluarga Bani Umaiyyah. Ini  menyebabkan gabenor di beberapa wilayah menyalah gunakan kuasa, mengumpul kekayaan dan mengamalkan rasuah.

3. POLISI TERHADAP RAKYAT.
Menjalankan polisi baru iaitu membezakan orang Arab dengan bukan Arab. Orang bukan Arab terutamanya Bani Umaiyyah mendapat keistimewaan. Golongan Islam bukan Arab ( Mawali ) seperti orang Parsi tidak dibenarkan memegang jawatan penting dan masih dikenakan cukai jizyah. Ini menyebabkan mereka bekerjasama dengan bani Abbasiyyah mengadakan gerakan sulit menentang kerajaan Bani Umaiyyah.

4. POLISI PROTOKOL KHALIFAH.
Pentadbiran Kerajaan bani Umaiyyah banyak dipengaruhi oleh kerajaan Rom,  mengutamakan kepentingan dan kedudukan pemerintah. Khalifah mewujudkan protokol yang menyebabkan rakyat terpisah. Khalifah dikawal rapi oleh pengawal peribadi. Khalifah tinggal di istana dan kekayaan negara digunakan untuk kemewahan pemerintah dan keluarganya.

5. PERLANTIKAN DAN/ ATAU KEDUDUKAN PEGAWAI KERAJAAN.
Pegawai tinggi kerajaan dan tentera dilantik di kalangan keluarga Bani Umaiyyah dan golongan yang menyokong mereka. Pegawai yang dicurigai dipecat atau dihukum bunuh.

6.TINDAKAN KEPADA GOLONGAN YANG MENENTANG KHALIFAH.

Khalifah Bani Umaiyyah mengambil tindakan untuk menghapuskan gerakan yang menentang kerajaan Bani Umaiyyah terutama ke atas golongan Khawarij dan Syiah.
Muawiyah Meninggal dunia di Damsyik pada Rejab 60H ketika berusia 74 tahun. Beliau berjaya mengasaskan dinasti pemerintahan Bani Umayyah dan merupakan pengasas pertama sebelum era keruntuhan. Berjaya menjadikan empayar Islam kuat dan disegani.

Peranan golongan pemerintah dan peranan golongan diperintah

Peranan golongan pemerintah dan golongan diperintah di  Vietnam.
Golongan Pemerintah
·         Maharaja berada di puncak  hierarki sosial masyarakat.Berkuasa mutlaj dalam pemerintahan,pemilik tanah dan harta.Dianggap mendapat mandat daripada syurga. Kesejahteraan rakyat dan negara bergantung kepada kebijaksanaan maharaja.
·         Dibawah maharaja adalah golongan quan. Pemerintahan maharaja dibantu oleh quan.Quan yang penting adalah Quan awam. Quam awam mempunyai keistimewaan lebih daripada quan-quan yang lain.Ketua-ketua quan terdiri daripada kalangan yang berpendidikan confucius.Golongan quan menjalankan tugas maharaja dan mendapat sanjungan daripada rakyat. Mereka dianggap penegak keadilan dan mereka juga pentafsir undang-undang dan bertindak sebagai hakim.
·         Golongan pemerintah paling rendah ialah pembesar yang berkuasa di peringkat kampung.  Peranan mereka adalah menjaga keamanan kampung dan mengutip cukai.

Golongan Diperintah

·         Lapisan golongan diperintah ialah golongan petani. Mereka menjalankan kegiatan sara diri. Mereka memajukan ekonomi Vietnam.Seorang petani perlu membayar cukai dan bekerja untuk kerajaan di antara 20 hingga 60 hari.
·         Lapisan terendah ialah golongan hamba. Mereka terdiri daripada penjenayah. Mereka dihantar ke kem tentera untuk membuka tanah baru dan menjadi petani di tanah mereka kerjakan.

Peranan golongan pemerintah dan golongan diperintah di Thailand.
Golongan Pemerintah

·         Raja menduduki puncak hierarki. Raja Thailand memerintahkan berdasarkan konsep dharmaraja dan dipengaruhi agama Buddha. Raja mempunyai kuasa mutlak dalam semua bidang. Raja juga berkuasa menentukan hidup mati rakyatnya. Kekuasaan raja Thailand dilihat daripada pengumpulan gajah putih.
·         Golongan bangsawan (Nai) adalah golongan kedua penting selepas raja. Mereka berperanan dalam memimpin rakyat dan menjaga kebajikan rakyat. Kuasa golongan Nai bergantung kepada bilangan Phrai yang mereka ada.
·         Golongan pembesar (Phrai) adalah golongan yang berada di susun lapis ketiga. Golongan Phrai yang gagal mendaftar diri kepada golongan Nai dianggap penjenayah. Phrai perlu memberi hadiah,perkhidmatan dan kesetiaan untuk mendapat perlindungan daripada golongan Nai. Terdapat tiga kumpulan Phrai. Pertama adalah Phrai luang,mereka menjalankan tugas bagi pihak raja. Kedua adalah Phrai Som, mereka adalah phrai yang berdaftar dengan khunnang, mereka juga perlu berkhidmat kepada raja. Ketiga adalah Phrai Suai,mereka mendaftar diri di wilayah yang jauh daripada ibu kota. Tugas mereka adalah untuk mendapatkan bekalan mentah dan hasil huta untuk dijual di ibu kota.
·         Golongan sangha mempunyai kedudukan sosial yang istimewa kerana dikecualikan dengan Nai,Phrai dan That. Mereka berperanan mengajar masyarakat Thai soal keagamaan.

Golongan Diperintah

·         That pula adalah golongan hamba. Mereka akan menjadi hamba kepada golongan phrai dan nai. Mereka tidak bebas,tetapi berhak mempunyai harta dan tanah. That terbahagi kepada dua iaitu hamba berhutang dan hamba tawanan perang.

Peranan golongan pemerintah dan golongan diperintah di Myanmar.
Golongan Pemerintah
·         Kedudukan raja adalah yang paling tinggi. Dianggap sebagai wakil tuhan. Raja diberi sifat ketuhanan. Raja mempunyai kuasa mutlak dalam semua bidang. Raja dianggap sebagai pelindung kepada pencerobohan.
·         Dalam sistem pemerintahan, raja bergantung kepada sistem pembesar. Golongan ini menjadi tiang penyokong kepada kerajaan. Antara pembesar-pembesar ini ialah Wungyi(ketua menteri),Wundauk(menteri muda),Atinwun(pegawai istana) dan para pembesar yang lain. Wungyi mempunyai kuasa yang paling tinggi. Wungyi terdiri daripada 4 orang menteri kanan. Wundauk pula ditugaskan membantu Wungyi.
·         Pentadbiran istana berada di tangan Atinwun. Bilangan mereka ialah empat hingga lapan orang. Mereka akan mengawal istana. Mereka juga mengawal cukai negara. Kuasa mereka dikatakan lebih hebat daripada Wungyi.
·         Pembesar daerah terdiri daripada myowun(gabenor) myosa(tuan tanah). Myowun menguasai tanah dan memungut cukai daripada rakyat. Myowun akan memberi 60 hingga 80 peratus cukai kepada raja dan selebihnya akan diambil oleh Myowun.
·         Pembesar terakhir ialah myothugi(ketua bandar). Myothugi bertanggungjawab mengawal rakyat dan mendapat penghormatan serta taat setia daripada orang kampung.
·         Pembesar yang memegang jawatan paling rendah dalam daerah ialah ketua kampung. Jawatan ketua kampung diwarisi secara warisan. Penggantian ketua kampung berdasarkan kekayaan dan hak memerintah. Perlantikan akan dilakukan oleh raja. Mereka akan menjaga keamanan yang berada di kampung mereka dan menyelesai masalah-masalah yang timbul.

Golongan Diperintah.

·         Golongan rakyat terdiri daripada petani dan menjadi golongan yang diperintah. Golongan ini mengamalkan kegiatan sara diri dengan menanam padi sawah dan dipertanggungjawabkan mengeluarkan makanan yang mencukupi kepada masyarakat Myanmar. Mereka juga dikehendaki membayar cukai kepada raja.
·         Ahmudan adalah golongan rakyat yang berkemahiran dalam pelbagai bidang dan mendapat perhatian istimewa daripada masyarakat. Mereka dibahagikan kepada beberapa kelompok seperti perkhidmatan peribadi raja,mereka akan menetap berdekatan dengan istana dan ibu kota. Sebagai ganjaran mereka akan diberi tanah.
·         Lapisan terendah adalah golongan hamba. Golongan hamba terdiri daripada golongan hamba abdi biara dan penjenayah yang menerima hukuman. Mereka akan bertani dan melakukan tugas-tugas di biara.

Peranan golongan pemerintah dan golongan diperintah di Filipina.
Golongan Pemerintah
·         Di dalam sebuah kawasan,pemimpinnya digelar datu. Seorang datu dipilih dalam kalangan yang tua dan berpengalaman. Golongan datu adalah golongan yang berkuasa dan menjalan tugas pemerintahan dan pentadbiran,menguasai tanah serta kemasyarakatan dalam barangay(kawasan)
·         Golongan bangsawan dikenali sebagai maharlika. Maharlika pula membantu datu dalam menjalankan kuasa politik dan kemasyarakatan. Golongan datu dan maharlika menguasai sumber hasil dan tanah. Rakyat yang tidak mempunyai tanah perlu menyewa atau membayar cukai kepada mereka.

Golongan Diperintah

·         Golongan ini terdiri daripada golongan petani. Mereka adalah hamba-hamba yang telah dibebaskan. Mereka berperanan mengerjakan tanah-tanah untuk menghasilkan tanaman makanan bagi keperluan barangay. Mereka juga perlu memberi khidmat sukarela kepada pembesar.

Peranan golongan pemerintah dan golongan diperintah di China.
Golongan Pemerintah

·         Maharaja menduduki tempat yang paling tinggi dalam hierarki sosial. Jawatan maharaja diwarisi oleh putera mahkota iaitu anak lelaki pertama daripada permaisuri yang sah. Maharaja China dianggap mendapat mandat daripada syurga untuk memerintah. Kegagalan maharaja memerintah bermakna maharaja telah kehilangan mandat. Maharaja boleh digulingkan melalui pemberontakan dan digantikan oleh pemerintah baru.
·         Golongan pemerintah di bawah maharaja ialah bangsawan atau pembesar. Mereka ditauliahkan pemerintahan wilayah oleh maharaja. Maharaja akan menganugerahkan tanah kepada bangsawan dan pembesar.
·         Golongan terpelajar mempunyai darjat yang tinggi. Golongan ini dipilih sebagai pegawai kerajaan berdasarkan peperiksaan awam yang mereka lulus. Peperiksaan ini diadakan untuk memilih mereka yang benar layak untuk memegang jawatan pegawai.

Gologan Diperintah

·         Petani merupakan golongan ketiga dalam sistem feudal China. Lebih kurang 80% daripada penduduk China ialah petani. Petani bertanggungjawabkan mengeluarkan makanan yang mencukupi bagi seluru makanan kepada masyarakat.
·         Lapisan paling rendah ialah tukang-tukang mahir,saudagar,askar dan buruh. China mengamalkan dasar tutup pintu dan anti-perdagangan. Kegiatan perdagangan dianggap hina. Askar pula terdiri daripada banduan yang dituhi hukuman dan memainkan peranan penting dalam peperangan untuk mempertahanlan negara.

Peranan golongan pemerintah dan golongan diperintah di Jepun.
Golongan Pemerintah
·         Semasa pemerintahan shogun tokugawa Maharaja Jepun tidak mempunyai kuasa untuk mentadbir maharaja hanya menjadi lambing perpaduan rakyat. Kuasa pemerintah terletak kepada Shogun Tokugawa. Sistem maharaja di Jepun ini berjaya mengekalkan kedudukan maharaja dan sistem ini kekal sehingga hari ini.
·         Kuasa pemerintahan terletak kepada shogun tokugawa. Mereka menjalankan tugas atas nama maharaja melalui dasar pecah dan perintah. Hal ini dilakukan supaya kuasa dan kedudukan shogun terjamin. Shogun telah membahagikan kawasan pemerintahan berdasarkan bangsawan atau daimyo  yang menyokongnya  dan menentangnya. Daimyo yang menyokong shogun akan diberi tanah manakala bangsawan yang menentang ditempatkan di kawasan yang akan dikawal oleh sekutu Tokugawa.
·         Daimyo merupakan golongan bangsawan yang mempunyai peranan penting dalam pentadbiran tokugawa. Mereka terbahagi kepada tiga kumpulan iaitu daimyo Fudai,daimyo Shimpan dan daimyo Tozama. Daimyo Fudai ialah ahli keluarga shogun tokugawa dan telah dikurniakan tanah  yang berhampiran kediaman Shogun. Daimyo Shimpan terdiri daripada pelbagai cabang keluarga. Mereka diberi tanah tidak jauh daripada Shogun. Daimyo Tozama terdiri daripada mereka yang memusuhi shogun. Mreka telah ditempat jauh daripada shogun kerana untuk mengelak ancaman daripada mereka.
·         Samurai merupakan kelas panglima. Mereka mempunyai kedudukan istimewa. Mereka berfungsi sebagai penjaga keamanan Negara dan daimyo. Mereka tidak dibenarkan melakukan kerja lain.

Golongan Diperintah
·         Dalam kalangan rakyat biasa,petani (nomin) menduduki tempat yang tertinggi. Hal ini kerana mereka merupakan pengeluar beras yang menjadi bahan makan rakyat Jepun dan sebagai balasan mereka diberi secukuo makan sahaja kerana hasil beras untuk Negara. Jepun telah menjalankan dasar tutup pintu ini mengebabkan rakyat hanya bergantung kepada beras yang dikeluarkan oleh petani sahaja.
·         Kelas tukang-tukang mahir (artisan) adakah dibawah petani. Mereka mahir dalam pembuatan pedang dan alat-alat lain yang berguna. Mereka diberi gaji yang baik dan diberi rumah yang baik. Mereka dibenarkan menggunakan pedang.
·         Kelas pedagang(chonin) terletak dibawah artisab. Mereka dipandang rendah dan tidak dibenarkan berlaku mobility social. Namun keadaan aman telah menyebabkan ekonomi berkembang dan para pedagang telah berjaya mengumpul harta yang banyak. Mereka kemudian telah memperbaiki status diri mereka.

Huraikan sistem feudal yang diamalkan oleh masyarakat Jepun,sebelum kedatangan barat

Huraikan sistem feudal yang diamalkan oleh masyarakat Jepun,sebelum kedatangan barat.

Feudal boleh dimaksudkan dengan, kuasa politik yang dikuatkuasakan secara tempatan oleh individu tertentu atau kerajaan pusat. Dalam system feudal kedudukan individu adalah mengikut hierarki. Struktur sistem feudal berbentuk piramid yang terdiri daripada golongan pemerintah dan golongan diperintah. Golongan pemerintah adalah golongan raja,bangsawan,pembesar,panglma dan lain-lain lagi. Golongan diperintah adalah golongan rakyat merdeka dan hamba.

Jepun mengamalkan sistem feudal dalam pemerintahan. Semasa zaman shogun tokugawa golongan pemerintah ialah Maharaja,Shogun,Daimyo dan samurai. Golongan diperintah ialah golongan petani,tukang mahir dan saudagar. Semasa pemerintahan shogun tokugawa Maharaja Jepun tidak mempunyai kuasa untuk mentadbir maharaja hanya menjadi lambing perpaduan rakyat. Kuasa pemerintah terletak kepada Shogun Tokugawa. Sistem maharaja di Jepun ini berjaya mengekalkan kedudukan maharaja dan sistem ini kekal sehingga hari ini.

Kuasa pemerintahan terletak kepada shogun tokugawa. Mereka menjalankan tugas atas nama maharaja melalui dasar pecah dan perintah. Hal ini dilakukan supaya kuasa dan kedudukan shogun terjamin. Shogun telah membahagikan kawasan pemerintahan berdasarkan bangsawan atau daimyo  yang menyokongnya  dan menentangnya. Daimyo yang menyokong shogun akan diberi tanah manakala bangsawan yang menentang ditempatkan di kawasan yang akan dikawal oleh sekutu Tokugawa.

Daimyo merupakan golongan bangsawan yang mempunyai peranan penting dalam pentadbiran tokugawa. Mereka terbahagi kepada tiga kumpulan iaitu daimyo Fudai,daimyo Shimpan dan daimyo Tozama. Daimyo Fudai ialah ahli keluarga shogun tokugawa dan telah dikurniakan tanah  yang berhampiran kediaman Shogun. Daimyo Shimpan terdiri daripada pelbagai cabang keluarga. Mereka diberi tanah tidak jauh daripada Shogun. Daimyo Tozama terdiri daripada mereka yang memusuhi shogun. Mreka telah ditempat jauh daripada shogun kerana untuk mengelak ancaman daripada mereka.

Samurai merupakan kelas panglima. Mereka mempunyai kedudukan istimewa. Mereka berfungsi sebagai penjaga keamanan Negara dan daimyo. Mereka tidak dibenarkan melakukan kerja lain.

Dalam kalangan rakyat biasa,petani (nomin) menduduki tempat yang tertinggi. Hal ini kerana mereka merupakan pengeluar beras yang menjadi bahan makan rakyat Jepun dan sebagai balasan mereka diberi secukuo makan sahaja kerana hasil beras untuk Negara. Jepun telah menjalankan dasar tutup pintu ini mengebabkan rakyat hanya bergantung kepada beras yang dikeluarkan oleh petani sahaja.



Kelas tukang-tukang mahir (artisan) adakah dibawah petani. Mereka mahir dalam pembuatan pedang dan alat-alat lain yang berguna. Mereka diberi gaji yang baik dan diberi rumah yang baik. Mereka dibenarkan menggunakan pedang.

Kelas pedagang(chonin) terletak dibawah artisab. Mereka dipandang rendah dan tidak dibenarkan berlaku mobility social. Namun keadaan aman telah menyebabkan ekonomi berkembang dan para pedagang telah berjaya mengumpul harta yang banyak. Mereka kemudian telah memperbaiki status diri mereka.

Tuesday, March 29, 2011

Sistem ekonomi tradisional yang diamalkan oleh Jepun dan Vietnam dan Sistem ekonomi tradisional yang diamalkan oleh India dan China

1.Sistem ekonomi tradisional yang diamalkan oleh Jepun dan Vietnam.

Ekonomi sara diri bermaksud sesuatu aktiviti ekonomi bertujuan keperluan asas dan tidak bertujuan untuk diperdagangkan. Ekonomi sara diri ialah satu sistem yang tiada apa-apapun hasil dari kebun-kebun yang diusahakan itu dijual keluar. Kegiatan ekonomi sara diri ini lazimnya, tidak memerlukan modal yang banyak,peralatan yang digunakan tidak memerlukan peralatan yang canggih. Peralatan yang digunakan adalah peralatan yang telah digunakan oleh keturunan yang terdahulu. Masyarakat di Jepun dan Vietnam mengamalkan sistem sara diri.

Masyarakat Jepun menjalankan aktiviti pertanian sara diri sebagai kegiatan ekonomi utama. Masyarakat kampung menjalankan aktiviti pertanian dikenali sebagai noson. Manakala masyarakat Jepun yang menjalakan aktiviti pertanian di tanah tinggi dikenali sebagai sanson. Pertanian adalah aktiviti warisan. Aktiviti ini dijalankan secara kecil-kecilan dan merupakan aktiviti keluarga. Tanaman utama mereka adalah padi. Kaum petani di Jepun digelarkan hyakusho kerana hidup miskin dan taraf sosial meeka rendah. Dalam masyarakat Jepun terdapat tiga jenis petani iaitu,petani yang menjalankan kegiatan pertanian di tanah milik sendiri,petani yang menjalankan pertanian di tanah sendiri dan tanah sewa dan petani yang menjalankan pertanian di tanah sewa.

Kepentingan petani di Jepun jelas dapat dilihat apabila mereka menyumbangkan pertumbuhan ekonomi akibat pertambahan keluasan penggunaan tanah pertanian melalui kegiatan tebus guna tanah. Peningkatan ini juga turut disumbang oleh penggunaan benih dan peralatan yang lebih baik,penggunaan haiwan untuk membajak,peningkatan ini telah mengatasi masalah kebuluran.
Tanaman kedua yang diusahakan oleh masyarakat Jepun ialah barli,gandum,pokok teh,kacang soya dan sayur-sayuran.

Masyarakat Jepun juga menjalankan aktiviti perikanan dalam kegiatan ekonomi sara diri. Aktiviti perikanan dijalankan di kawsan perairan negara Jepun yang kaya dengan ikan. Hal ini demikian kerana Jepun terletak di persimpangan arus Hitam yang panas dengan arus Kamchatka yang sejuk dekat pantai Jepun. Nelayan ini hanya menangkap ikan di persisiran pantai serta menggunakan kaedah tradisional sahaja seperti jala dan pukat.

Masyarakat Jepun menjalankan aktiviti perdagangan yang terhad dengan negara China Belanda sahaja. Pedagang Belanda hanya dibenarkan menjalankan urusan mereka di pelabuhan Nagasaki dan mendirikan sebuah kilang di sebuah kecil iaitu pulau Deshima. Pedagang-pedagang ini mengimport perak,tembaga,besi,beras dan lain-lain dari Jepun dan membawa masuk ke Jepun,barangan seperti ini sutera,kapas,minyak wangi dan gula,kesemuanua menjadi popular dalam kalangan kelas atasan masyarakat Tokugawa. Manakala,pedagang China pula kurang menjalankan aktiviti perdagangan dengan Jepun kerana negara China kaya dengan bahan mentahnya sendiri.

Masyarakat Vietnam bergantung kepada ekonomi sara diri berbentuk pertanian. Kegiatan pertanian utama yang diusahakan ialah padi. Penanaman padi meliputi lima perenam daripada jumlah kawasan pertanian dan merupakan makanan utama bagi penduduk Vietnam. Terdapat pelbagai jenis padi yang ditanam di Vietnam mengikut kawasan-kawasan di Vietnam. Melalui tali air penduduk Vietnam telah mengairi kawasan pertanian mereka. Mereka menggunakan najis binatang untuk menyuburkan kawasan pertanian mereka.
Selain penanaman padi,penduduk Vietnam juga mengusahakan tanam lain seperti ubi keledek,jagung,kacang dan buah-buahan. Tanaman ini ditanam sebagai tanaman luar musim kering .

Penduduk kampung di Vietnam juga menjalankan perusahaan secara kecil-kecilan seperti perusahaan membuat tembikar,tenunan,menyanyam dan bertukang. Penduduk kampung akan cuba merahsiakan tradisi perusahaan mereka dengan melarang kaum wanitanya berkahwin dengan lelaki dari kampung alin dan mereka juga enggan mengajar kemahiran mereka kepada orang luar. Golongan tukang kerap kali dikecualikan daripada kerahan tenaga dan membayar cukai seperti diwajibkan kepada petani. Walaupun demikian, golongan petukang harus membekalkan hasil-hasil pertukangan kepada maharaja.

Ekonomi perdagangan amat terhad di Vietnam. Perdagangan hanya dijalankan di daratan dan di kawasan pendalaman di Vietnam.  Perdagangan antara Vietnam dengan negara luar turut berlaku. Kapal-kapal perdagangan asing yang dibenarkan berniaga  di pelabuhan Vietnam hanyalang tongkang-tongkang dari negara Siam dan China. Barang perdagangan yang diperdagangankan adalah rempah,lada,besi,gula dan beberapa barangan mewah.

Penduduk Vietnam juga menjalankan kegiatan perlombongan sebagai kegiatan ekonomi sara diri. Hasil perlombongan yang utama ialah  arang batu. Longgokan arang batu telah dijumpai di Quang Yen dan telah diusahakan beratus-ratus tahun dahulu.

Masyarakat Vietnam juga melakukan kegiatan perikanan. Ikan-ikan yang ditangkap akan dikeringkan,disalai atau dijeruk untuk dieksport atau diperdagangkan. Ikan-ikan ini akan dibawa keluar dari kawasa Tasik Tonle Sap dengan perahu-perahu ke Dataran Mekong melalui jalan Snoc Trou atau dataran lumpur.

Kesimpulan,masyarakat di Jepun dan China mengamalkan ekonomi sara diri. Ekonomi utama mereka adalah pertanian,penternakan,pertukangan,perikanan dan perdagangan. Ekonomi yang dijalankan telah memajukan ekonomi di Jepun dan Vietnam.

2.Sistem ekonomi tradisional yang diamalkan oleh India dan China

Ekonomi sara diri bermaksud sesuatu aktiviti ekonomi bertujuan keperluan asas dan tidak bertujuan untuk diperdagangkan. Ekonomi sara diri ialah satu sistem yang tiada apa-apapun hasil dari kebun-kebun yang diusahakan itu dijual keluar. Kegiatan ekonomi sara diri ini lazimnya, tidak memerlukan modal yang banyak,peralatan yang digunakan tidak memerlukan peralatan yang canggih. Peralatan yang digunakan adalah peralatan yang telah digunakan oleh keturunan yang terdahulu. Masyarakat di India dan China mengamalkan sistem sara diri.

Di India aktiviti pertanian adalah aktiviti utama bagi masyarakat India. Pertanian sara diri diamalkan secara meluas. Aktiviti pertanian utama ialah penanam padi. Petani-petani India juga mengamalkan penanaman kapas sebagai kegiatan sara diri yang utama dan maju. Tanaman lain yang diusahakan ialah tanaman indigo,gandum,sekoi dan tebu.

Selain pertanian,petani-petani juga menjalankan aktiviti penternakan binatang seperti ayam,itik,lembu dan kambing biri-biri. Aktiviti merupakan aktiviti sampingan. Binatang ini dibiarkan berkeliaran. Binatang ternakan digunakan oleh petani untuk bantuan semasa aktiviti pertanian.

Masyarakat India juga mengamalkan aktiviti pembuatan oleh petani. Aktiviti ini berkembang di kampung-kampung seperti membuat peralatan pertukangan.

Aktiviti perlombongan juga diusahakan oleh masyarakat India. Perlombongan emas,besi dan logam banyak terdapat di India tetapi hanya dilombong secara kecil-kecilan sahaja. Masyarakat India juga telah melombong garam di Punjab, selain itu garam juga boleh diperoleh dari pantai. Aktiviti ini dikawal oleh kerajaan dan dikenakan cukai.

Negara China mempunyai iklim dan bentuk muka bumi yang sesuai untuk kegiatan pertanian. Di kawasan lembah-lembah sungai ini amat subur dan sesuai dijadikan tempat pertanian. Pertanian telah menjadi aktiviti utama dalam kalangan penduduk China. Aktiviti pertanian bersifat sara diri. Pertanian utama yang diusahakan di Chian ialah padi. Masyarakat Cina juga menanam barli,gandum,kacang,sayur-sayuran dan teh. Kapas juga ditanam untuk dijadikan kain. Masyarakat Cina banyak makan sayur-sayuran oleh itu hampir semua kawasan kosong di rumah mereka dijadikan kawasan tanaman sayur-sayuran. Bagi masyarakat Cina yang tinggal dikawasan tanah tinggi mereka akan menanam padi huma.

Masyarakat China juga menjalankan aktiviti ekonomi perusahaan sara diri secara kecil-kecilan seperti mengubah bunga plastik di Peiping, membuat tembikar di Ching te’Chen, dan perusahaan sutera di daerah Shantung,Hopei dan Manchuria.

Aktiviti lain yang diamalkan ialah perdagangan. Aktiviti ini telah menyumbang kepada pendapatan negara China. Kerajaan China telah mendapat pendapatan negara China. Perdagangan garam dimonopoli oleh keluarga diraja China. Ekonomi perdagangan luar dengan Barat adalah terhad di pelabuhan Canton sahaja. Aktiviti perdagangan ini dikawal dengan ketat oleh Maharaja China. Barangan yang diperdagangkan hanyalah teh China,sutera dan barang-barang tembikar, manakala China hanya mengimport barangan seperti kapas dan kain-kain bulu sahaja dari barat.

Negara China juga kaya dengan hasil galiannya seperti arang batu,besi,tembaga,bijih timah,timah hitam,antimoni dan perak. Walaubagaimanapun, kerja-kerja melombong masih lagi dijalankan dengan kaedah tradisional. Oleh itu,pengeluaran galian tidak memaksimumkan untuk perdangangan komersial.
Kesimpulan,masyarakat di India dan China mengamalkan ekonomi sara diri. Ekonomi utama mereka adalah pertanian,penternakan,pertukangan dan perdagangan. Ekonomi yang dijalankan telah memajukan ekonomi di India dan China.

Sunday, March 27, 2011

Ucapan Perpisah Kepada Mantan Pengetua

Assalamualaikum warrahmatullah hiwabarakatuh, Terima kasih Pengerusi Majlis, Yang berusaha Tuan Pengetua,Tuan Haji Mohd Noor B. Yusuf, Penolong kanan pentadbiran, Puan Hajah Zaini Bt. Ahmad,Penolong kanan hal ehwal murid,Puan Hajah Nor Mahani Bt. Muhamad, penolong kanan kokurikukum, Tuan Haji Bukhari b. Ismail dan yang diraikan Mantan pengetua S.M.K Sri Muda En. Abdul Rashid B. Mansur. Guru-guru kanan,guru-guru,barisan pengawas dan rakan-rakan yang dikasihi sekalian.

Alhamdulillah, setinggi-tinggi kesyukuran dirafakkan kepada Yang Maha Berkuasa Allah SWT kerana dengan limpah kurnia-Nya, dapat kita bersama-sama meraikan majlis perpisahan yang sangat bermakna dan penuh erti pada hari ini.

Dalam salah satu tulisan karya agung Johann Paul Friedrich Richter, iaitu seorang penulis masyhur dari Jerman ada menyatakan bahawa, Man feelings are always purest and most glowing in the hour of meeting and farewell. Setiap pertemuan pasti akan ada perpisahan. Yang pastinya setiap perpisahan pasti amat menyedihkan.  Hari ini, kami berasa terharu kerana kehilangan seorang pengetua yang amat kami sayangi dan cintai. Pada kami, En. Abdul Rashid ini bukan sahaja pengetua, tetapi ibarat bapa kami dalam sebuah keluarga besar di Sekolah Menengah Kebangsaan Sri Muda.

Memory is a way of holding onto the things you love, the things you are, the things you never want to lose.  Itulah pengetua kita En. Abdul Rashid b. Mansur. Lembut, tenang namun tetap tegas dalam melaksanakan tanggungjawabnya. Itulah butir-butir kata yang dapat digambarkan mengenai En. Abdul Rashid. Beliau bukan sahaja seorang  pengetua yang penyayang, melakukan tugas dengan hati yang tulus ikhlas, malah mementingkan kebajikan pelajar. Beliau juga seorang yang berhati murni dan senantiasa memberikan yang terbaik buat para pelajarnya. Sepanjang saya menjadi pelajar, dari sekolah rendah sehingga ke tingkatan enam, saya belum pernah melihat seorang pengetua seperti beliau. Saya sering melihat beliau memantau keadaan pelajar di dalam kelas terutamanya pada waktu pagi di blok koperasi. Tindakan beliau telah menarik perhatian saya dan ini membuktikan beliau amat mementingkan keadaan dan keutamaan kepada pelajar-pelajar di S.M.K Sri Muda.

Sikap kendiri beliau yang boleh dibawa berbincang, easy-going, dan tidak lokek untuk memberikan bantuan apabila diperlukan serta sentiasa berusaha mempermudah sesuatu urusan adalah kualiti yang perlu dicontohi dan diteladani oleh kita semua terutamanya, pelajar SMK Sri Muda. Beliau merupakan seorang pengetua yang berdedikasi dan passionate terhadap tugas dan tanggungjawab beliau. Beliau juga dikenang sebagai pengetua yang begitu down to earth dan memahami.

Pada kesempatan ini, saya sebagai wakil pelajar SMK Sri Muda merakamkan setinggi-tinggi ucapan penghargaan dan terima kasih kepada En Abdul Rashid yang tidak pernah mengenal erti jemu mentadbir sekolah ini dan mengorbankan waktu demi kami. Kami berdoa, semoga Allah S.W.T akan melimpahkan rahmat-Nya kepada En Abdul Rashid. Semoga beliau akan terus mengekalkan usaha-usaha murni beliau dalam membentuk sahsiah diri yang mulia dikalangan pelajar di sekolah baru beliau.

Tak tumbuh tak melata, tak sungguh orang tak kata. Benar kata pepatah Melayu,patah kan tumbuh, hilang kan berganti, namun yang hilang akan tetap kekal abadi. Saya akhiri ucapan saya dengan Wabillahitaufik walhidayahwassalamualaikum warah matullah hiwabarakatuh.Sekian, terima kasih.

Tuesday, March 22, 2011

3rd Entry "Blazer,Ketua Pelajar,Tingkatan 6,Tanggungjawab"


Sapa sangka cempedak jadi nangka,tiba2 je aq dilantik jadi ketua pelajar. Memang tak disangka-sangka,aq sendiri pon tak pecaya mcm mna aq bley dilantik jadi ketua pelajar. Secara am,aq ni bukan la aktif sangat pon dalam aktiviti skolah tp maybe rezki kot dapat jawatan ni.

Daftar masok skolah 3 Januari 2011, bermula kerjaya sebagai pelajar tingkatan 6 atas. Mcm biasa aq ingt member aq Ariffin atau lebih dikenali sebagai Pak Pain akan jadi ketua pelajar,psal taon lepas dy jd timbalan ketua pelajar,aq pon wt biasa je la. Kitorang wt pemilihan ketua pelajar,suma pelajar lelaki tingkatan enam dicalonkan, dalam hati mmg konpom pak pain dpt tp time hari pelantikan tiba2 ckgu sebut nma aq. Gelabah bewak wei!!!

Kena p dpan uruskan mesyuarat plak. Apa pon aq tak tau nk wat apa. Aq men ckap ja apa yang ptot selamat la ok.
___________________________________________________________________________

orang ramai : Dah jadi ketua pelajar,kena la pandai bahagi masa. Jgn dok main2 sangat.
orang ramai : Tanggungjawab dah makin banyak so ang jgn dok wt perangai mcm bdk2.
orang ramai : Tahniah jd ketua pelajar tp cm x caya ang jd ketua pelajar,HAHAHA. Ang ni layak ka???

mcm2 reaksi yang diterima, ada yang baik,ada yang membina, ada juga yang menjatuhkan kredibiliti aq. Orang cakap, adat jadi pemimpin kena la dengar kutukan n kritikan.

Tapi apa yang merisaukan aq adalah tanggungjawab yg aq dapat. Takut x dapat jd yg terbaik. Apa2 pon aq selalu harap yg aq boleh jadi pemimpin yang bertanggungjawab.

---Offline---

Sunday, March 20, 2011

2nd Entry"Hujan,Subaidah,Match bola,Syam,Dani dan Staff Subaidah"

Biasa la blog baru jadi tak ada apa-apa sangat yang baru...

Hujan,Subaidah,Match bola,Syam,Dani dan Staff Subaidah. Aku tak ada kemudahan internet kat umah so aku boleh online dekat luar je la. Kat mana lagi kalau bukan kt restoran yang serba indah ni "Subaidah".

Hujan  pulak malam ni bertambah malas la aku nk lekat kt umah. Match Liverpool pukul 9.30 jap gi. Ingat malas nk tekan keyboard malam ni tapi tergerak hati plak nk story2...hehehe
sebenarnya aq bukannya minat pon nk tgk match liverpool tp tak ada keja punya psal aq keluar la jgk. Waktu berada kt Subaidah ni mcm2 la nk bnda jadi. Kalau Sufyan ada time ni mesti mcm2 yg kami kutuk kt staff Subaidah. Ada la nama timangan yang kami bagi kt mamak2 nih. hahaha

kalau Si Dani ni ada mksodnya ada la bnda yg aq  nk betekak. Biasa la mana boleh penyokong Liverpool dan Manchester United dok satu meja. Lambat gi match nk start nih. Mula la malas nk menunggu. Apa-apa pon post  apa yang patut dlu baru la offline.

---Offline---